THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday

Petua 8P Untuk Suami Isteri



Untuk hidup bahagia bersama insan tersayang, suami isteri boleh amalkan PETUA 8P yang disenaraikan dibawah ini ;

1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.


6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Tips Cinta Suami Isteri



 
Ini adalah beberapa tips yang hendak saya berkongsi bersama rakan2 semua, mungkin ada yg telah membacanya..Tips cinta suami isteri.
 

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
 

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
 

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
 

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "I love you" sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
 

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
 

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
 

* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik (jgn gado2 ehh) semasa sebelum tidur.
 

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
 

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada di sisinya.
 

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
 

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
 

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
 

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
 

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
 

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras / menyara keluarga.
 

* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
 

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
 

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami / isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
 

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. Kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.


Kasih Sayang Ibu


Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.


Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.




Persoalannya sekarang, masih adakah kasih sayang di hati seorang ibu terhadap anaknya? Emm....kasih sayang ibu terhadap anak memang tak akan pupus begitu saja walaupun di telan oleh arus permodenan. Namun tidak mustahil jua, ada setengah manusia yang sanggup berlaku kejam apabila jiwa tertekan.


Contohnya pada zaman sekarang, terlalu banyak kisah yang terpapar di dada suratkhabar mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa. Dan yang paling kejam sekali, bukan saja ibu yang melahirkan bayi tu membuang bayi tapi juga bertindak membunuh bayi tersebut. Cuba fikir, apakah yang berada di fikiran mereka agaknya ketika itu? Apa2 pun tepuk dada, tanya minda anda. 


Sentuhan Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi, Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali, Kasih sayang pengikat diri
 
Berilah sentuhan kasih sayang buat insan yang kita sayangi.
Agar ia makin mekar di sanubari kita semua.




DOA MELAHIRKAN ANAK DENGAN MUDAH

Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.
Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.
************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W


9 RAHSIA SEKS LUAR BIASA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhZcDrLJmYs1AYfzBKAX2BSAxaOs5NcmVjJmtunvPqxgpJPaD84MrQ6a7TQAWv8zZr-XPgPQ3_aOsKN1u_KNMgITHYx6EJYe5jrM0RLEqrEiLvNsmJNZuJxCVQOL8pzVMU9o5vDFQHZAk/s1600/dv1070008.jpg
Ternyata untuk mendapatkan seks yang sempurna memerlukan lebih dari sekadar teknik dan hasrat. Mencintai tubuh sendiri dan komunikasi juga tak kalah penting. Ingin kehidupan seks lebih mantap, ada 9 rahsia yang kita simpan untuk Anda.Seperti diceritakan dari Psychology Today, Rabu (8/3/2006) ahli terapi Arlene Goldman mengungkapkan ada beberapa elemen bercinta yang harus Anda perhatikan. Bukan saja ketika Anda tengah bercinta, tapi juga sebelum dan sesudah kegiatan seks itu berlangsung.
Biarkan saja terjadi
Aktiviti seks bukanlah sesuatu yang boleh dipaksakan. Seks harus berlangsung dengan spontan tanpa paksaan. Santai dan nikmati proses bercinta Anda dengan wajar. Jika Anda merasa ingin orgasme, jangan ragu-ragu untuk melakukannya. Bereksplorasilah dan ekspresikan gairah seks sesuka hati Anda pada pasangan.
Komunikasi
Komunikasi masih memegang peranan penting dalam masalah asmara, begitu juga untuk urusan seks. Diperlukan sikap saling terbuka dan percaya terhadap pasangan. Jika Anda menginginkan sesuatu jangan ragu untuk memintanya. Lakukan seks ketika Anda sudah cukup bersedia. Jika Anda merasa belum bersedia melakukan seks dengan pasangan, sebaiknya hal ini dibincangankan dengan baik.
Penuhi hasratmu
Menjalani hubungan yang terlalu lama dengan pasangan kadang-kadang boleh membuat gairah seks Anda menurun. Jangan biarkan hal ini terjadi. Anda masih boleh merasakan kemesraan seperti pertama kali bertemu dengan pasangan. Caranya, cubalah melakukan hal yang baru berduaan dengan pasangan. Cari suasana yang lebih segar. Tak semestinya berseronok / melancong ke luar negeri, melancong di dalam negeri sudah mencukupi. Ungkapkan rasa sayang Anda dengan cara yang baru. Mungkin Anda boleh mencuba menyelitkan hadiah berbentuk hati di lipatan seluar dalamnya? Lucu juga…
Cintai tubuh Anda
“Penis saya terlalu kecil.” “Payudara saya tidak seksi.” Hentikan kebiasaan kurang percaya diri dengan tubuh Anda. Hal semacam ini boleh menurunkan gairah seks karena Anda merasa tidak sempurna. Setiap manusia yang memiliki kekurangan pasti mempunyai kelebihan. Misalkan Anda merasa percaya diri dengan bentuk kaki Anda? Arahkan pasangan untuk menyentuh kaki Anda ketika hendak bercinta. Dijamin gairah seks Anda kembali bergelodak.
Jadilah petualang
Buang rasa malu dan penasaran. Lakukan apa yang ingin Anda lakukan bersama pasangan. Sering kali orang bersikap sangat serius saat berada di atas ranjang. Jangan terlalu serius, anggap seks sebagai permainan yang bertanggung jawab. Temukan hal yang menyenangkan dengan seks. Khayalkan fantasi seks dengan pasangan, ada baiknya juga. Anda boleh bersikap kreatif dan mencuba sesuatu yang berbeza sesuka hati. “Ini adalah soal belajar dan mencari pengalaman, dan jika itu tak membuat Anda bergairah, yang penting Anda sudah mencuba,” ungkap Arlene.
Foreplay dan afterplay
Anda harus mulai memikirkan tentang apa saja yang harus dilakukan sebelum dan sesudah bercinta. Foreplay berlangsung di luar bilik tidur. Sebelum bercinta Anda tentunya harus mendapatkan hati sang pasangan. Dari melakukan hal kecil bersama, apa saja boleh Anda lakukan untuk lebih mengenal pasangan. Jangan bersikap acuh setelah urusan bercinta selesai. Anda dan pasangan seharusnya berpelukan walaupun kegiatan seks telah selesai. Intinya proses adalah sesuatu yang indah. Jangan sekali-kali Anda merosakkanya.
Seks yang aman
Setiap orang harus melakukan seks dengan aman. Jika Anda memiliki pasangan baru, Anda harus lebih dulu mengenalnya dengan baik. Seks memiliki risiko yang cukup tinggi, maka Anda haruslah berhati-hati. Hendaklah bercinta dengan menggunakan alat pengaman atau kondom. Melakukan seks hanya berdasarkan cinta tak akan membuat Anda merasa tenang.(-* Yang ni tak dibenarkan.. seharusnya berkahwin dulu )
Hilangkan stres
Setiap pasangan memerlukan waktu untuk bersantai. Anda sepatutnya menggunakan kemesraan atau seks sebagai ubat penghilang stres. Cubalah menghabiskan masa masa-masa tertentu anda dengan melancong ke tempat yg menyeronokkan.
Sihat sepanjang masa
Orang yang tidak dapat memenuhi kehidupan seksnya biasanya jadi depresi. Tapi untuk melakukan seks yang menyenangkan Anda perlukan tenaga/energi. Anda harus menyeimbangkan waktu istirahat Anda. Jangan sampai demi memenuhi keperluan seks, Anda jadi kekurangan waktu tidur dan menganggu konsentrasi seks anda di kemudian hari.
Anda merasa tak pernah mempedulikan daftar kunci sukses bercinta seperti yang dipaparkan di atas? Mungkin inilah saatnya Anda mempraktikkannya dan mendapatkanseks yang paling luar biasa dalam hidup Anda.


Perkara Yang Makruh Dan Haram Dalam Berjimak

PERKARA MAKRUH BERJIMAK
1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.
PERKARA HARAM BERJIMAK

1. Berjimak melalui dubur
Ia tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid
-Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al Baqarah:222).
Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:
1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.
2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.
3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.
4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.